Saturday, July 3, 2010

bola, bola,bola.....

sekarang ni dunia tengah meriah dengan perlawanan bola sepak.tidak kurang hebatnya negara kita.walaupun pasukan negara tak dapat nk masuk dalam pertandingn ni,namun kehangatan nya turut di rasai.pergi kemana saja orang akan bersembang pasal bola.jangan dikatakan di kedai kopi,dekat kedai jahit baju makcik kat pasar tu pun asyik duk cerita pasai bola..everything about match.sampai ada yang bergaduh mempertahankan team masing-masing.hehehe...kadang-kadang best jugak,dapat merelease tension kalau kita tgk match bola ni.

tapi agak kurang menyenangkan bila ramai orang menggunakan kesempatan ini untuk melakukan kegiatan judi bola.ini biasa kepada kaum-kaum lain kecuali orang islam.namun tak ketnggalan orang islam jugak ada yang turut serta dalam kegiatan ini.biasa la tuh,sedangkan kat negara kita ni pun banyak pusat-pusat perjudian,magnum,sport toto dan sebagainya. jadi tidak heran lah kalau ada aktiviti perjudian bola ini.lagipun empat tahun sekali,takkan orang nk lepaskan eluang keemasan macam ni kan....

namun di sebalik kemeriahan bola ini juga saya agak musykil,kemana hilangnya semangat rakyat negara kita terutama nya pemimpin yang sebelum ini lantang menyuarakan suara mereka terhadap isu-isu palestin,isuminyak,isu ktm di singapore dan sebagainya. kita rakyat sehingga lupa bahawa pelabuhan yang sebelum ini kita bantah akan kedatangan orang israel di negara kita telah pun berlabuh di negara ini.apa ni,sebelum ini kita begitu membantah akan perbuatan israel,namun mata kita dikaburi dengan bola,sehingga tidak sedar bahawa israel telah pun melabuhkan diri di pelabuhan negara kita.isu-isu yang sebelum ini hangat diperkatakan seolah-olah ditutupi dengan kemeriahan bola.di pendekkan cerita, dengan keasyikan kita sehingga kita tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita...

namun apa pun bola ini dapat mengeratkan lagi hubngan antara satu sama lain.dari tak kenal sehingga boleh berpelukan antara satu sama lain,kerana menyokong team yang sama. nasib baik tiada sebarang pergaduhan berlaku di negara ini. ini yang kita mahukan,adanya semangat kesukananan.apapun kami harapkan negara kita dapat menjejakkan kaki di perlawanan world cup untuk suatu masa akan datang.tak kan hanya tengok negara lain beraksi,sedangkan kita mempunyai peluang untuk menjadi sebahagian pasukan yang akan dipertontonkan di seluruh dunia.

Tuesday, June 15, 2010

aku puya hati dan perasaan

aku sedar akan kekurangn dalam idup ku ini....aku tak secantik bidadari, tak pandai bergaya macam wanita lain...tapi aku punya hati dan perasaan.kenapalah perlu aku diperbezakan dengan wanita lain.kenapa tidak dari dulu kau berterus terang padaku.kalau bukan aku pilihan hatimu,kenapa perlu diteruskan lagi hubungan ini.aku sangat berkecil hati dengan sikapmu itu.
aku tau aku seorang wanita yang tidak mementingkan kecantikan, tapi aku mempunyai nilai hati yang ikhlas.aku tidak sangka,ungkapan itu keluar dari mulut mu sendiri.

aku sedar yang kau mempunyai paras rupa yang menarik sehingga kan ramai kaum wanita terpikat dengan mu...aku tau kau agak malu jika keluar dengan aku..tapi kenapa dulu tidak pernah engkau ungkapkan perkara itu?kenapa setelah 3 tahun hubungan kita kau sudah berubah hati.?

aku redha kalau bukan jodoh kita.mungkin ada hikmah disebalik ini semua.TUHAN menyayangi aku,memberi aku petunjuk dan membuka mataku tentang kelakuannya itu.mungkin ini adalah salah satu dugaan idup yang DIA bagi terhadap aku...sesungguhnya aku redha dengan sume takdirNya..

tidak terlambat lagi untuk die berubah,tetapi untuk aku melupakan apa yang telah die lakukan mungkin tidak....aku bukan lah seorang yang pendendam,tapi setiap apa yang telah orang yang selama ini ku cintai sendiri telah berkata begitu membuatkan hatiku luruh.

moga die memperoleh wanita pilihan hatinya...aku sentiasa mendioakan kebahagian dan kesejahteraan idupnya dan keluarganya...

Monday, June 14, 2010

kenapa lah aku takleh berdepan ngn orang yang macam ni....tak sanggup aku idup dalam kepura-puraan......benci aku melihat wajah nyer...aku cube untuk menyukai dirinya,tp bile di ingatkan kelakuan nyer yang menjijikkan mambuatkan aku bertambah benci terhadap nyer....

semakin geram aku....argh.......setiap hari perlu berhadapan dengan perkara ini...berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...

harap kan kawan,kawan makan kawan.......

manusia sekarang...

ehm,susah nk diluahkan.....tapi apa yg nk diceritakan sekarang ni based on pengalaman idup ku...aku tak tau samada ianya salah aku coz adakah hanya aku sj yg berperasaan begitu....
aku kurang senang dengan kehidupan wanita zaman kini...
walaupun aku tau aku sendiri wanita...aku malu untuk berhadapan dengan mereka...
mempermainkan lelaki adalah aktiviti harian mereka..
da ada bf tp still ngn laki lain..itu kalo yang berbf,kalo da ada suami???lagi la....

manusia sekarang tak penah bersyukur dengan ape yg die dapat.....