Saturday, July 3, 2010

bola, bola,bola.....

sekarang ni dunia tengah meriah dengan perlawanan bola sepak.tidak kurang hebatnya negara kita.walaupun pasukan negara tak dapat nk masuk dalam pertandingn ni,namun kehangatan nya turut di rasai.pergi kemana saja orang akan bersembang pasal bola.jangan dikatakan di kedai kopi,dekat kedai jahit baju makcik kat pasar tu pun asyik duk cerita pasai bola..everything about match.sampai ada yang bergaduh mempertahankan team masing-masing.hehehe...kadang-kadang best jugak,dapat merelease tension kalau kita tgk match bola ni.

tapi agak kurang menyenangkan bila ramai orang menggunakan kesempatan ini untuk melakukan kegiatan judi bola.ini biasa kepada kaum-kaum lain kecuali orang islam.namun tak ketnggalan orang islam jugak ada yang turut serta dalam kegiatan ini.biasa la tuh,sedangkan kat negara kita ni pun banyak pusat-pusat perjudian,magnum,sport toto dan sebagainya. jadi tidak heran lah kalau ada aktiviti perjudian bola ini.lagipun empat tahun sekali,takkan orang nk lepaskan eluang keemasan macam ni kan....

namun di sebalik kemeriahan bola ini juga saya agak musykil,kemana hilangnya semangat rakyat negara kita terutama nya pemimpin yang sebelum ini lantang menyuarakan suara mereka terhadap isu-isu palestin,isuminyak,isu ktm di singapore dan sebagainya. kita rakyat sehingga lupa bahawa pelabuhan yang sebelum ini kita bantah akan kedatangan orang israel di negara kita telah pun berlabuh di negara ini.apa ni,sebelum ini kita begitu membantah akan perbuatan israel,namun mata kita dikaburi dengan bola,sehingga tidak sedar bahawa israel telah pun melabuhkan diri di pelabuhan negara kita.isu-isu yang sebelum ini hangat diperkatakan seolah-olah ditutupi dengan kemeriahan bola.di pendekkan cerita, dengan keasyikan kita sehingga kita tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita...

namun apa pun bola ini dapat mengeratkan lagi hubngan antara satu sama lain.dari tak kenal sehingga boleh berpelukan antara satu sama lain,kerana menyokong team yang sama. nasib baik tiada sebarang pergaduhan berlaku di negara ini. ini yang kita mahukan,adanya semangat kesukananan.apapun kami harapkan negara kita dapat menjejakkan kaki di perlawanan world cup untuk suatu masa akan datang.tak kan hanya tengok negara lain beraksi,sedangkan kita mempunyai peluang untuk menjadi sebahagian pasukan yang akan dipertontonkan di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment